Google Manjakan iOS – Perkenalkan Kemaskini Google+ Untuk iOS Sebelum Android

Google Manjakan iOS – Perkenalkan Kemaskini Google+ Untuk iOS Sebelum Android

Diterbitkan pada Mei 10, 2012 oleh .

Google+ boleh dikatakan kini menjadi salah satu perkhidmatan dan produk Google yang diberikan perhatian serius oleh gergasi internet tersebut. Namun, hari ini menariknya, Google memperkenalkan kemaskini aplikasi Google+ untuk iPhone terlebih dahulu, sebelum untuk Android.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia membawakan perubahan baru, selepas Google+ versi web menerima perubahan antaramuka sebelum ini. Salah satu perhatian yang diberikan oleh Google adalah kepada cara melihat media seperti video dan gambar melaluinya.

Dan pada masa yang sama, Google turut mengatakan kemaskini baru akan diperkenalkan untuk Android dalam beberapa minggu lagi. Perkara ini semestinya akan mengecewakan sedikit pengguna Android, apatah lagi, Android merupakan anak emas milik Google sendiri.

Sebelum ini, Google sering mengeluarkan kemaskini produk mereka untuk Android terlebih dahulu, termasuk sama ada untuk Google+, mahupun, yang terbaru untuk Google Drive. Untuk tidak mengecewakan pengguna Android, Google mengatakan kemaskini Google+ dalam beberapa minggu lagi untuk Android bakal didatangkan bersama beberapa sokongan tambahan padanya.

Walaubagaimanapun, Google masih tidak mengumumkan sebarang perancangan mereka untuk iPad buat masa ini bagi perkhidmatan Google+ mereka. Bagi pengguna iPhone yang ingin mengujinya terlebih dahulu berbanding pengguna Android boleh memuat-turun aplikasi ataupun mengemaskini aplikasi Google+ mereka hari ini.


TIPS & ULASAN