Ikuti Amanz Dengan Mudah Melalui Amanz Chrome Notifier

Ikuti Amanz Dengan Mudah Melalui Amanz Chrome Notifier

Diterbitkan pada Mei 10, 2012 oleh .

Mengikut statistik semasa pembaca Amanz yang hadir melalui web, ia memperlihatkan paling ramai pengguna menggunakan pelayar web Google Chrome. Dan dalam memudahkan anda mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada Amanz dengan mudah, kini kami memperkenalkan Amanz Chrome Notifier.

Melalui Amanz Chrome Notifier, ia akan menambah sebuah ikon Amanz bersebelahan dengan bar URL anda, dimana dengan klik padanya, anda boleh melihat 10 artikel terakhir daripada Amanz dengan mudah.

Disamping itu, untuk membolehkan anda mendapatkan kemaskini dalam bentuk masa-nyata, ia juga disertakan dengan sokongan notifikasi, dimana sekiranya terdapat artikel baru, sebuah ikon merah akan muncul menandakan terdapat artikel baru dikeluarkan melaluinya.

Jadi, bagi para pengguna Google Chrome mahupun Chromium yang berminat, boleh memuat-turun Amanz Chrome Notifier hari ini terus daripada Chrome WebStore hari ini, dan ikuti pelbagai kemaskini dengan mudah melaluinya.


TIPS & ULASAN