Nokia Lumia 900 Mula Kelihatan Pada Laman Rasmi Nokia Malaysia

Nokia Lumia 900 Mula Kelihatan Pada Laman Rasmi Nokia Malaysia

Diterbitkan pada Mei 10, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada Nokia 808 PureView, Nokia Malaysia juga bakal menawarkan peranti Nokia Lumia 900 mereka di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Terkini, halaman web utama Nokia Malaysia telah pun dikemaskini, menyertakan info mengenai Nokia Lumia 900, sekaligus menandakan kedatangannya ke Malaysia.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, ia telah diura-ura akan yang mana Nokia Lumia 900 akan hadir ke Malaysia dan mula dijual seawal 11 Mei, namun tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Nokia buat masa ini.

Ia juga diperkatakan Nokia bakal menjualnya pada acara GoMobile yang bakal berlangsung pada penghujung minggu ini. Seperti biasa, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini, dan mungkin akan meninjau pondok Nokia di GoMobile esok.


TIPS & ULASAN