Google Chrome Mematikan Sokongan Untuk Mac OS X 10.5

Google Chrome Mematikan Sokongan Untuk Mac OS X 10.5

Diterbitkan pada Mei 11, 2012 oleh .

Google Chrome boleh dikatakan adalah salah satu pelayar web popular diseluruh dunia, dan kini dengan kemaskini demi kemaskini yang dikeluarkan dengan pantas oleh Google, pihak pembangunnya kini mengumumkan Mac OS X 10.5 tidak lagi akan disokong oleh mereka selepas Chrome 21.

Ia tidak diketahui mengapakah perkara ini berlaku. Memandangkan saya sendiri menggunakan OS X 10.5, perkara ini agak mengecewakan, dan untuk terus menerima kemaskini dan sebagainya Google meminta pengguna mengemaskini kepada OS X 10.6 ataupun OS X10.7.

Bagi para pengguna Chrome yang menggunakan OS X 10.5, mereka akan diperlihatkan dengan mesej mengatakan sistem operasi tersebut tidak lagi akan disokong pada halaman tab baru. Walaupun berita ini agak mengecewakan, namun, cara penyampaian notifikasi oleh pihak Google adalah salah satu perkara yang dipuji.

Dan semestinya, ianya sudah tiba masanya untuk memasang Ubuntu pada komputer riba Mac milik saya.


TIPS & ULASAN