Facebook Membawakan Sokongan Perkongsian Fail Untuk Facebook Groups

Facebook Membawakan Sokongan Perkongsian Fail Untuk Facebook Groups

Diterbitkan pada Mei 11, 2012 oleh .

Pada tahun 2010, Facebook telah pun mengambil-alih sebuah perkhidmatan perkongsian fail, dinamakan sebagai Drop.io, dan kini nampaknya, Facebook bakal memperkenalkan perkhidmatan perkongsian fail melalui laman sosial terkemuka mereka. Terlebih dahulu, sokongan perkongsian ini akan diperkenalkan untuk Facebook Groups .

Melalui fungsi yang bakal dibawakan oleh Facebook, ia menawarkan sokongan untuk memuat-naik fail bersaiz sehingga 25MB dalam pelbagai format, kecuali fail berbentuk muzik dan juga .exe. Ini mungkin untuk mengelakkan tersebarnya fail berbahaya (malware) dan juga berhak-cipta.

Perkara ini semestinya mengembirakan para pengguna Facebook tersendiri, sekaligus memudahkan mereka berkongsi pelbagai bentuk fail dengan mudah pada Facebook Groups. Perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN