iOS6 Akan Menggunakan Perkhidmatan Pemetaan Tersendiri Menggantikan Google Maps?

iOS6 Akan Menggunakan Perkhidmatan Pemetaan Tersendiri Menggantikan Google Maps?

Diterbitkan pada Mei 11, 2012 oleh .

Google Maps yang sekian lama digunakan pada iOS, kini diperkatakan akan digantikan pada iOS 6 dengan produk yang dibangunkan oleh Apple sendiri, dan akan membawakan beberapa sokongan tambahan. Namun, ia diperkatakan akan membawakan rekabentuk serba sebanyak menyerupai Google Maps yang terdapat pada hari ini pada pelbagai peranti iOS.

Ia diperkatakan kebanyakkan fungsi daripada C3 Technologies yang dibeli oleh Apple sebelum ini, akan diintegrasikan pada produk baru mereka yang dinamakan Maps itu. Memandangkan ianya dibangunkan oleh Apple secara dalaman, berkemungkinan beberapa fungsi tambahan turut sama akan disertakan pada aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi para pengguna tempatan, ia masih lagi tidak diketahui sokongan pemetaan daripada Apple itu kelak akan meliputi seluruh kawasan di Malaysia mahupun tidak, berbeza dengan Google Maps yang mana telah pun meliputi pelbagai kawasan Malaysia, dan disertakan dengan sokongan kemaskini trafik masa-nyata pada beberapa lokasi.

Apple dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan bulan Jun ini pada acara Apple WWDC, serta turut akan didatangkan bersama-sama beberapa fungsi menarik lain padanya.


TIPS & ULASAN