Video Trailer Permainan Assassin’s Creed 3 Dipertontonkan

Video Trailer Permainan Assassin’s Creed 3 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Mei 11, 2012 oleh .

Selepas pelbagai informasi dan paparan skrin untuk permainan popular Assassin’s Creed 3 mula kelihatan dan kedengaran sebelum ini, kini pihak Ubisoft sendiri telah mengeluarkan video rasmi mereka memperlihatkan serba sedikit berkaitan dengan permainan aksi tersebut.

Walaubagaimanapun, seperti yang dimaklumkan pada awal video, apa yang diperlihatkan adalah berdasarkan kepada versi pembangunan awal permainan tersebut, iaitu versi alpha untuk Assassin’s Creed 3. Namun, apa yang diperlihatkan agak memikat hati dengan grafik yang sangat menarik padanya.

Buat masa ini, Assassin’s Creed 3 disasarkan untuk dilancarkan pada penghujung Oktober kelak, dan disasarkan untuk beberapa platform, termasuk PlayStation 3, PC dan juga Xbox.


TIPS & ULASAN