Pandang Pertama : Tablet Hyundai A7HD Bersama Android 4.0 ICS

Pandang Pertama : Tablet Hyundai A7HD Bersama Android 4.0 ICS

Diterbitkan pada Mei 11, 2012 oleh .

Hyundai mengeluarkan tablet? Itu merupakan persoalan pertama yang hadir pada kepala kami. Dan jawapan untuk persoalan tersebut adalah dimana Hyundai disini bukanlah Hyundai jenama kereta yang popular, tetapi ianya merupakan tablet daripada China yang menggunakan nama yang serupa.

Pada acara GoMobile hari ini, pihak Hyundai Digital memperlihatkan beberapa tablet mereka, disamping menjualnya pada acara tersebut. Dalam beberapa bilangan tablet yang diperlihatkan, kami tertarik dengan tablet A7 HD, dimana seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada paparan gambar berkualiti tinggi, disamping membawakan skrin bersaiz 7-inci.

Dari segi spesifikasi, Hyundai A7HD ini membawakan cip pemprosesan AllWinner A10 1.5GHz, 1GB RAM, skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, kamera hadapan 0.3-megapixel, sokongan video-HD sehingga 2160P, dan bateri 3000mAh. Ia hanya didatangkan dalam versi WiFi buat masa ini, namun menurut jurujualnya, pengguna boleh menggunakan dongle 3G dengan menghubungkannya melalui kabel tambahan pada tablet tersebut.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM799, dan selain daripada Hyundai A7HD, mereka juga menawarkan beberapa tablet dengan saiz skrin dan spesifikasi lain.


TIPS & ULASAN