Pembangun Angry Birds Bakal Melancarkan Amazing Alex Dalam Tempoh 2 Bulan Lagi

Pembangun Angry Birds Bakal Melancarkan Amazing Alex Dalam Tempoh 2 Bulan Lagi

Diterbitkan pada Mei 11, 2012 oleh .

Rovio, setelah menumpukan perhatian dalam pembangunan jenama Angry Birds secara beberapa tahun kebelakangan ini, kini bakal melancarkan permainan terbaru mereka, dinamakan Amazing Alex. Ia disasarkan permainan terbaru ini akan dilancarkan kepada umum dalam masa dua bulan lagi.

Permainan Amazing Alex ini akan memfokuskan kepada salah seorang watak yang gemar membina pelbagai perkara menarik dan memfokuskan kepada fizik, gerakan, dan juga kreativiti pemain dalam membina sesuatu. Permainan Amazing Alex juga dikatakan Rovio akan menyerupai Casey’s Contraptions, dimana Rovio telah membeli hak IP permainan tersebut sebelum ini.

Memandangkan Rovio yang membangunkannya, kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada pelbagai platform pada waktu yang sama. Jadi, dengan kejayaan Angry Birds, adakah Rovio kelak turut sama akan berjaya dengan permainan Amazing Alex?


TIPS & ULASAN