Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan SwiffPay yang membawakan sokongan pembayaran seumpama Square? Kini, pada acara GoMobile yang diadakan pada hari ini, kami ternampak akan penggunaannya dalam demonstrasi yang dilakukan oleh salah sebuah syarikat penyedia sistem pembayaran berasaskan iPad, WebSmith ATP Sdn Bhd.

Melalui peranti yang ditawarkan oleh SwiffPay, ia membolehkan para pengguna membayar menggunakan kad kredit dengan hanya meluncurkan kad kredit mereka pada peranti tambahan yang disambungkan pada iPad.

SwiffPay dilihat menawarkan dua bentuk peranti tambahan, dimana satunya disambungkan pada bahagian jack headphone dan satu lagi disambungkan pada bahagian pengecasan. Kedua-duanya membawakan sokongan yang serupa. Namun, ia juga diperkatakan SwiffPay turut sama menawarkan peranti untuk membaca berasaskan kepada cip pada kad kredit, tetapi tidak dibawa ke acara GoMobile tersebut.

Buat masa ini, kami tidak mendapat sebarang maklumat berkaitan dengan adakah sudah terdapat sebarang peniaga yang menggunakan perkhidmatan SwiffPay ini ataupun tidak. Daripada apa yang kedengaran sebelum ini, memandangkan SwiffPay berurusan dengan wang dan sebagainya, ia memerlukan sokongan pengesahan daripada Bank Negara dan sebagainya. Namun, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd