Firefox 15 (Nightly) Menguji Halaman Tetapan Dalam Tab – Seumpama Chrome

Firefox 15 (Nightly) Menguji Halaman Tetapan Dalam Tab – Seumpama Chrome

Diterbitkan pada Mei 12, 2012 oleh .

Mozilla pada tahun ini mensasarkan kepada pelbagai perubahan baru pada pelayar web mereka, disamping mengambil beberapa ciri-ciri dan fungsi daripada pesaing terdekat mereka, Chrome. Dan terkini melalui Firefox Nightly, Mozilla sedang menguji sokongan tetapan dalam tab sama seperti yang terdapat pada Chrome.

Melaluinya, anda tidak lagi perlu melihat sebarang tetingkap mahupun kotak dialog baru seperti sebelumnya, tetapi boleh menguruskannya terus pada tab baru dengan mudah dan senang.

Buat masa ini, sokongan ini tidak diaktifkan pada Nightly, memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan sedang diuji lagi. Namun, dengan apa yang dapat dilihat, ia tidak mustahil diperkenalkan pada Firefox 15 kelak.


TIPS & ULASAN