Carian
Aplikasi Firefly Mobile Kini Di AppStore Dan Google Play Store
May 12, 2012 Aman

Dunia mudah-alih nampaknya terus berkembang pesat, dimana terkini aplikasi daripada syarikat penerbangan, Firefly mula kelihatan di AppStore dan juga Google Play Store, membolehkan para pengguna membuat tempahan penerbangan terus daripada peranti mudah-alih mereka.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh melakukan tempahan penerbangan dan membuat pembayaran terus melalui kad kredit mereka. Disamping itu, mereka juga boleh membuat pemilihan tempat duduk dan sebagainya seperti biasa.

Namun, apa yang mungkin menghentikan penggunaan perkhidmatan tersebut melalui aplikasi Firefly Mobile ini adalah dimana caj perkhidmatan sebanyak RM20 dikenakan untuk setiap tempahan. Tetapi selain daripada itu, tiada sebarang kekurangan, dan berjalan lancar buat masa ini.

Bagi anda yang gemar melancong mahupun melakukan penerbangan dari satu lokasi ke yang lain, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store mahupun AppStore hari ini.

Komen