Cari @ Amanz

Beberapa ura-ura kini kedengaran mengatakan yang mana Google ingin membeli syarikat penyedia perkhidmatan permesejan berasaskan web, Meebo. Namun perkara ini masih tidak disahkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Untuk makluman, Meebo merupakan antara penyedia perkhidmatan permesejan berasaskan web yang popular bukan sahaja dikalangan pengguna antarabangsa, tetapi turut sama popular di Malaysia.

Ia tidak diketahui apakah motif disebalik perkara ini, memandangkan Google sudah pun sedia mempunyai perkhidmatan permesejan berasaskan web mereka, disamping telah pun sedia mengintegrasikannya pada Google+ dan juga GMail.

Jadi, adakah benar Google akan membeli Meebo? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada kedua-dua pihak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd