Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini TeratoTech memperkenalkan aplikasi untuk mempelajari abjad untuk para pengguna muda dan kanak-kanak, kini, salah seorang pembangun bebas hadir dengan aplikasi yang memudahkan pembelajaran tulisan arab, melalui aplikasi untuk Android yang dinamakan sebagai My First Iqra’.

My First Iqra’ ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Android, dimana melaluinya, ia menawarkan asas kepada pembelajaran tulisan arab. Setiap abjad dengan sebutan turut didatangkan dengan audio untuk memudahkan kanak-kanak mempelajarinya, disamping turut menyertakan kuiz ringkas membolehkan pengguna menguji pemahaman mereka setelah mengikuti aplikasi tersebut.

Jadi, bagi para pengguna peranti Android 2.2 dan yang terkini, anda boleh memuat-turun aplikasi My First Iqra’ secara percuma hari ini, dan menjadikan pembelajaran sebutan tulisan arab lebih interaktif dan menarik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd