Cari @ Amanz

Nampaknya dengan hanya sebulan sahaja lagi sebelum acara WWDC daripada Apple, kini pelbagai ura-ura berkaitan dengan iOS 6 dan yang lain-lain mula kedengaran. Terkini, beberapa info berkaitan perkara yang diuji pada iCloud.com Beta turut sama kelihatan.

Melalui laman iCloud.com Beta, ia didapati para pengguna yang ingin menggunakannya perlu mendaftar masuk menggunakan iOS 6, sekaligus memperlihatkan iOS 6 bakal dilancarkan pada WWDC kelak.

Pada masa yang sama, laman iCloud Beta turut sama menambah beberapa ikon baru memperlihatkan sokongan untuknya akan diperkenalkan dalam masa terdekat, termasuk ikon Notes dan juga Reminders.

Nampaknya, selain daripada integrasi kepada OS X bersama iOS, Apple juga turut sama memfokuskan kepada integrasi iOS bersama-sama perkhidmatan web mereka, iCloud.

Semestinya, pihak Apple mempunyai beberapa perkara untuk diumumkan pada WWDC kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd