HP Kembali Kepada Bisnes Tablet – Bakal Mengeluarkan Tablet Windows 8

HP Kembali Kepada Bisnes Tablet – Bakal Mengeluarkan Tablet Windows 8

Diterbitkan pada Mei 12, 2012 oleh .

Nampaknya, setelah sekian lama tidak kedengaran berita berkenaan dengan tablet daripada HP, akhirnya kini diketahui yang mana HP akan meneruskan pembangunan tablet mereka tidak lama lagi, dan bakal memperkenalkan tablet bersama sistem operasi Windows 8 kelak.

Sebelum ini, HP telah pun mengeluarkan tablet TouchPad yang mana kemudian dimatikan dengan pengumuman mereka tidak lagi ingin mengeluarkan peranti webOS. Kini, HP dalam proses menjadikan webOS sebagai sumber terbuka secara berperingkat.

Dan pada tahun ini, ia kelihatan HP bergiat aktif kembali dalam industri perkomputeran, dengan memperkenalkan beberapa Ultrabook dan komputer riba dengan prestasi tinggi. Serta, kini dengan pengumuman berkaitan tablet ini, semestinya akan mengembirakan para peminat jenama HP.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh HP melalui tablet Windows 8 kelak.


TIPS & ULASAN