Cari @ Amanz

Sehingga ke hari ini, kita banyak mendengar mengenai kereta tanpa pemandu yang dibangunkan oleh Google, dan sedang melalui pelbagai fasa ujian. Nampaknya, Microsoft, gergasi perkomputeran dunia turut sama tidak ingin ketinggalan, dan dilaporkan sedang dalam proses pembangunan kereta pintar mereka.

Melalui USAToday, ia melaporkan Microsoft kini sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat automotif terkemuka termasuk BMW dan juga Ford dalam membangunkan kereta automatik mereka, dan dijangka akan digunakan ramai sebelum 2030 kelak.

Microsoft mengatakan dimana melalui sokongan perkomputeran pintar, ia akan membolehkan pengguna untuk menaiki kenderaan, dan ketika dalam perjalanan, boleh bermain permainan sambil mendengar kepada lagu kegemaran mereka, sekaligus kereta tersebut dipandu secara automatik ke destinasi yang ditetapkan.

Jadi, mungkinkah pada masa akan datang kita akan melihat pelbagai gergasi internet akan membangunkan kereta automatik mereka dengan bekerjasama bersama beberapa pengeluar kereta?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd