Cari @ Amanz

Thunderbolt sehingga kini hanya ditawarkan oleh peranti daripada Apple sahaja, tetapi perkara tersebut dijangka akan berubah dalam masa terdekat ini, dengan pelbagai pengeluar bersedia untuk melancarkan sokongan Thunderbolt pada motherboard, komputer riba dan sebagainya dalam bulan-bulan akan datang.

Dan laman terkemuka AnandTech telah pun berpeluang untuk menguji sendiri sokongan Thunderbolt pada MSI Z77A-GD80, sekaligus mendemonstrasikan keupayaannya. Buat masa ini, boleh dikatakan beberapa perkara masih tidak berfungsi sepenuhnya, termasuk pengenalan perkakasan yang ditambah melalui Thunderbolt selepas sistem operasi berjalan. Mereka mendapati yang mana sambungan Thunderbolt kini dikenal-pasti ketika boot, dan bukannya beroperasi sepertimana USB dan sebagainya.

Namun, perkara ini mungkin akan diatasi sebelum pelancaran kepada umum tidak lama lagi. Dan dengan Windows 8, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai perkakasan dan komputer baru didatangkan bersama-sama dengan sokongan Thunderbolt daripada Intel ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd