Cari @ Amanz

Salah satu universiti tempatan yang agak bergiat aktif dalam pembangunan aplikasi mudah-alih di Malaysia adalah Universiti Sains Malaysia. Setelah melancarkan aplikasi berkaitan perubatan pada tahun lepas, kini USM muncul sekali lagi melalui aplikasi terbaru mereka dinamakan sebagai M-Umrah.

Seperti pada namanya, ia menawarkan info berkaitan dengan umrah untuk mereka yang bakal melaksanakannya atau sedang melakukan umrah. Melalui aplikasi tersebut, ia menawarkan pelbagai kandungan dalam bentuk interaktif, sekaligus membolehkan para pengguna mengetahui dengan lebih mudah lagi pelbagai perkara berkaitan dengannya terus melalui peranti mudah-alih.

Disamping itu, ia turut sama menyertakan beberapa doa dalam bentuk audio, namun daripada percubaan kami, ia masih tidak dioptimasikan sepenuhnya, dan audio berkenaan tidak dapat didengar dengan jelas.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat untuk menguji sendiri, boleh memuat-turun M-Umrah secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd