AdaCode Menawarkan Kandungan Dengan Hanya Miscall

AdaCode Menawarkan Kandungan Dengan Hanya Miscall

Diterbitkan pada Mei 13, 2012 oleh .

Dengan bilangan peranti mudah-alih yang meningkat dari hari ke hari, kini pembangun perkhidmatan DAPAT, dimana sebelum ini melaluinya menawarkan kandungan melalui SMS, kini melangkah setapak kehadapan dengan membawakan perkhidmatan baru dinamakan sebagai AdaCode.

Melalui AdaCode, ia membolehkan para pengguna untuk mendapatkan kandungan berbentuk seperti dokumen, ebook, dan sebagainya dengan mudah, dimana anda hanya perlu membuat panggilan ke sesuatu nombor. Sebaik sahaja anda membuat panggilan ke nombor tersebut, ia akan mematikan panggilan pengguna, dan tidak mengenakan sebarang caj kepada pengguna.

Seterusnya sebuah mesej akan dihantar dengan pautan untuk memuat-turun dokumen tersebut terus ke inbox SMS anda.

Apa yang menariknya, melalui perkhidmatan AdaCode, ia boleh digunakan oleh ke semua pengguna telefon bimbit, dan bukan hanya kepada pengguna telefon pintar. Cuma bezanya adalah dimana pengguna telefon pintar boleh membuka URL yang didapati daripada SMS terus melalui peranti mereka, manakala pengguna telefon bimbit tanpa sambungan internet perlu menantikan berada di hadapan desktop sebelum dapat membukanya.

Melalui perkara ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan kertas untuk mempromosi sesuatu perkara, disamping mereka yang ingin menawarkan kandungan tambahan, contohnya bersama iklan mereka di akhbar dan sebagainya, boleh melakukannya dengan mudah, dan memberikan lebih maklumat kepada para pengguna.

Buat masa ini, beberapa agensi kerajaan telah pun mula menggunakannya, dan mungkin akan diperluaskan penggunaannya tidak lama lagi.

Miscall adalah perkataan berbahasa Inggeris untuk membuat panggilan yang tidak dijawab.


TIPS & ULASAN