Farmville adalah salah satu permainan daripada Zynga pada Facebook adalah permainan FarmVille yang membolehkan para pemain bercucuk tanam disamping bersosial pada masa yang sama. Dengan kejayaan mereka, kini ia kelihatan, kemaskini dan sekuel untuk permainan tersebut bakal diperkenalkan, dikenali sebagai Big Harvest.
Melalui kemaskini yang kini sedang masih sedang pada peringkat ujian, ia kelihatan Big Harvest membawakan rekabentuk yang lebih menarik, dengan sokongan grafik yang lebih realistik berbanding FarmVille. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah kemaskini untuknya akan diperkenalkan buat masa ini.
Namun, dengan pendapatan yang dijana oleh FarmVille antara pendapatan tertinggi untuk Zynga, semestinya pembangun mereka akan memberikan perhatian yang lebih serius untuknya. Sama-sama kita nantikan pelancaran permainan Big harvest ini daripada Zynga dalam beberapa bulan lagi.