Carian
PitchIN Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Pada Bulan Jun
May 13, 2012 Aman

Lanjutan daripada laporan berkenaan dengan PitchIN sebelum ini, kini kami mendapat maklumbalas daripada pihak pembangun mereka, mengatakan mereka bakal memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk sebenar laman mereka menjelang bulan Jun kelak. Menurut mereka, antaramuka yang digunakan sekarang hanya untuk sementara sahaja.

Walaupun kami tidak mengetahui sebab utama disebalik penggunaan rekabentuk sementara ini, ia berkemungkinan adalah supaya mereka dapat mempromosikannya dengan meluas kepada para pengunjung yang hadir pada acara GoMobile yang diadakan pada penghujung minggu ini.

Disamping itu, pada yang sama, mereka juga mungkin ingin mencari beberapa idea dan peserta baru untuk menyertai bersama PitchIN ketika permulaan operasi penuh laman tersebut kelak pada bulan hadapan.

Buat masa ini, PitchIN dilancarkan dengan beberapa projek yang memfokuskan kepada penerbitan buku dan juga pembuatan video. Namun mereka masih belum memulakan proses untuk pengumpulan dan sumbangan dana buat masa ini. Mungkin kelak, dengan pelancaran antaramuka dan rekabentuk baru laman, mereka juga akan melancarkan proses pengumpulan dana pada laman mereka.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, mungkin boleh melayari laman PitchIN dan melihat beberapa idea yang disediakan oleh peserta fasa pertama mereka.

Komen