AlphaDena Bakal Melancarkan Permainan iOS – Ninja vs UFO

AlphaDena Bakal Melancarkan Permainan iOS – Ninja vs UFO

Diterbitkan pada Mei 14, 2012 oleh .

Pada acara tahunan GoMobile yang diadakan pada tahun ini, pelbagai aplikasi permainan untuk peranti mudah-alih telah diperlihatkan, dan salah satunya adalah daripada AlphaDena, iaitu permainan Ninja vs UFO. Ia masih lagi pada peringkat pembangunan dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Melalui permainan ini, ia membawakan jalan cerita dimana UFO mencuri lembu-lembu dibawah jagaan anda, dan sebagai seorang Ninja, anda perlu menyelamatkan lembu-lembu daripada diculik mahupun dicuri oleh UFO dan makhluk asing. Bentuk permainannya seumpama Fruit Ninja. Tetapi turut didatangkan bersama Ninja vs UFO adalah tahap-tahap berbeza, dimana permainan menjadi semakin pantas dan mencabar dari satu tahap ke tahap yang lain.

Dari segi apa yang diperlihatkan kepada kami, permainan tersebut masih diperingkat pembangunan akhir, dan beberapa tetapan mungkin akan diubah pada versi akhir kelak. Namun dari segi grafik, ia kelihatan agak kurang menyerlah, dan mungkin boleh menjadikannya lebih comel mahupun menarik bagi para pengguna, terutamanya untuk golongan kanak-kanak dan wanita yang gemarkan permainan genre seumpamanya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin kita akan dapat melihat pelbagai perubahan pada masa akan datang kelak. Permainan ini dijangka akan dilancarkan untuk iPhone dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN