Chrome Web Store Versi Tempatan Bakal Dilancarkan Oleh Google

Chrome Web Store Versi Tempatan Bakal Dilancarkan Oleh Google

Diterbitkan pada Mei 14, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Google Chrome, semestinya anda ketahui akan berkenaan dengan Chrome Web Store, yang membolehkan anda menemui pelbagai aplikasi menarik, dan memasangnya pada pelayar web anda dengan mudah. Kini, ia diketahui Google Malaysia bakal melancarkan Chrome Web Store versi tempatan tidak lama lagi.

Melaluinya, ia membolehkan para pembangun tempatan memperlihatkan dan mempertontonkan pelbagai aplikasi web mereka bersama-sama dengan ratusan aplikasi yang lain. Buat masa ini, kami masih tidak ketahui apakah keistimewaan yang bakal didapati dengan pelancaran Chrome Web Store versi tempatan ini.

Ia juga diketahui beberapa jenama besar turut sama akan melancarkan aplikasi Chrome mereka bersama-sama dengan pelancaran Chrome Web Store tidak lama lagi ini, termasuk beberapa media tempatan terkemuka.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN