Octopus Keyboard Bakal Membawakan Fungsi Papan Kekunci BlackBerry 10 Pada iPhone

Octopus Keyboard Bakal Membawakan Fungsi Papan Kekunci BlackBerry 10 Pada iPhone

Diterbitkan pada Mei 14, 2012 oleh .

Pada pengenalan beberapa fungsi pada BlackBerry 10 yang dipertontonkan oleh Research In Motion sebelum ini, salah satu fungsi yang digemari ramai adalah papan kunci padanya yang memudahkan anda menaip dengan senang dan pantas. Kini, salah seorang pembangun bebas turut ingin membawakan fungsi tersebut kepada para pengguna iPhone.

Melalui aplikasi yang dinamakan sebagai Octopus Keyboard, ia membolehkan para pengguna iPhone menikmati fungsi yang serupa seperti pada BlackBerry 10 pada peranti mereka, dan menaip dengan pantas.

Aplikasi tersebut akan mempelajari pelbagai perkataan yang sering ditaip oleh anda, dan seterusnya apabila anda ingin menaip perkataan yang baru, ia akan mencadangkannya. Para pengguna yang ingin memilih perkataan tersebut, boleh memilihnya dengan hanya menggunakan fungsi swipe ke atas pada sesuatu abjad.

Aplikasi Octopus Keyboard ini dijangka akan dilancarkan pada minggu ini atau hadapan untuk pengguna iPhone.

TIPS & ULASAN