Microsoft Research Memperlihakan Projek MirageTable – Interaksi Dalam Bentuk 3D

Microsoft Research Memperlihakan Projek MirageTable – Interaksi Dalam Bentuk 3D

Diterbitkan pada Mei 14, 2012 oleh .

Microsoft Research sering hadir dengan beberapa projek dan kajian yang memfokuskan kepada interaksi pada masa akan datang, dan kini, melalui sebuah video, Microsoft Research mempertontonkan MirageTable, salah satu peranti yang mengabungkan beberapa perkakasan elektronik, termasuk projektor dan juga Kinect.

Melalui MirageTable, ia membolehkan anda berinteraksi secara dalam bentuk 3D bersama yang lain, dimana pada masa yang sama, membolehkan anda berinteraksi bersama objek maya yang dipaparkan.

Buat masa ini, MirageTable masih pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin pada masa akan datang, kita akan dapat melihat interaksi dalam bentuk 3D yang lebih menarik lagi bukan sahaja daripada Microsoft, tetapi turut sama daripada pesaing mereka yang lain.


TIPS & ULASAN