Microsoft disasarkan untuk mengeluarkan Windows 8 Release Preview seawal bulan hadapan, dan kini dilaporkan, tablet pertama Windows 8 yang dijana menggunakan cip pemprosesan Intel akan berada di pasaran seawal bulan November 2012 ini.
Selain daripada tablet, ia turut dilaporkan yang mana kebanyakkan rekabentuk dan peranti yang dikeluarkan akan berbentuk lebih kepada hibrid antara tablet dan juga komputer riba, dimana membolehkan anda menanggalkan skrin atau menyambungkannya dengan mudah bersama papan kekunci.
Sebelum ini, HP turut dilaporkan akan mengeluarkan tablet mereka bersama Windows 8, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat peranti-peranti berbentuk tablet, mahupun peranti hibrid pada suku tahun ke-empat ini, dan dijana menggunakan Windows 8.