Akta Badan Perkomputeran Professional Bakal Dihidupkan Semula?

Akta Badan Perkomputeran Professional Bakal Dihidupkan Semula?

Diterbitkan pada Mei 14, 2012 oleh .

Nampaknya, akta dan pertubuhan untuk Badan Perkomputeran Professional masih tidak dimatikan seperti mana diperkatakan sebelum ini. Kini, ia diperkatakan yang mana pihak MOSTI bersama-sama dengan MDeC bakal mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara ini pada Khamis minggu ini.

Sebelum ini, Badan Perkomputeran Professional ini telah ditentang oleh orang ramai dalam industri ICT disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dijelaskan dengan mendalam, serta tidak dijelaskan secara mendalam oleh panel disebalik pembangunan draft akta tersebut.

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh laman web MOSTI berkenaan dengan perbincangan semula untuk menghidupkan akta ini. Daripada apa yang diketahui, ia bakal diadakan pada hari Khamis ini, 17 Mei di MDeC Auditorium, Cyberjaya pada pukul 2.30 petang. Namun, kehadiran hanya dihadkan sekitar untuk 50 orang sahaja.

Tips awal daripada Khairul.


TIPS & ULASAN