Dalam usaha untuk memudahkan para pengguna mengenal pasti komputer mereka bebas daripada torjan yang mengubah tetapan DNS serta mengalihkan trafik ke laman yang berbahaya, kini CyberSecurity Malaysia memperkenalkan laman DNS Changer, untuk memudahkan anda menyemak adakah komputer anda terjejas ataupun tidak dengan pantas.
Para pengguna yang ingin menyemak komputer mereka, hanya perlu melayari laman DNS Changer, dan mereka akan diperlihatkan dengan notis berkenaan dengan status komputer mereka sama ada dijangkiti trojan tersebut ataupun sebaliknya.
Sekiranya dijangkiti, pihak CyberSecurity turut sama menyediakan beberapa aplikasi untuk membuang dan menghapuskan trojan tersebut dengan mudah, disamping mengekalkan tahap keselamatan komputer anda.
Apa itu DNSChanger?
DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.
Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.
Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.