Cari @ Amanz

Akhirnya, salah satu permainan yang dinantikan untuk beberapa tahun, iaitu Diablo 3 telah pun dilancarkan secara rasminya di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, membolehkan para pemain dan peminat permainan RPG mula memainkan permainan Diablo 3. Di Malaysia, Diablo 3 dijual pada harga lebih kurang RM218 oleh beberapa pengedar rasmi.

Bagi anda yang tidak pernah memainkan permainan Diablo 3, melaluinya ia menawarkan anda untuk memilih watak mengikut kelas dan kelebihan masing-masing, dan perlu melalui pelbagai misi yang memerlukan anda lawan dengan raksasa-raksasa berbeza, dan pada masa yang sama meningkatkan tahap watak anda dari semasa ke semasa. Dengan pertambahan tahap juga, ia membolehkan watak pemain menggunakan pelbagai senjata tambahan, sekaligus memberikan kesan serangan yang lebih tinggi lagi.

Sekiranya anda ingin mendapatkannya, mungkin boleh terlebih dahulu menyemak keperluan sistem untuk Windows dan juga Mac, Bagi mereka yang tidak ingin menantikan versi fizikal untuk permainan tersebut, turut sama boleh mendapatkan versi digital dengan memuat-turunnya daripada web rasmi Blizzard menggunakan akaun Battle.net.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd