Salah satu masalah serius yang dihadapi oleh Apple akhir-akhir ini adalah masalah malware yang menyerang OS X. Dengan pihak Kaspersky yang sebelum ini mengatakan OS X amat mudah untuk diserang malware, kini ia turut dilaporkan, Apple telah menjemput pihak Kaspersky untuk mempertingkatkan sekuriti untuk mereka.
Pada tahun ini sahaja, OS X milik Apple telah diserang oleh beberapa malware, dan ia turut memperlihatkan masa yang diambil oleh Apple untuk mengatasinya adalah agak perlahan berbanding pesaing mereka, Microsoft melalui sistem operasi Windows.
Selain daripada itu, pihak Kaspersky turut sama mengatakan dimana pada masa akan datang, iOS akan turut menjadi salah satu sasaran. Namun, dengan kawalan aplikasi oleh pihak Apple mungkin ia akan menjadi agak sukar untuk diserang, berbanding Android yang kelihatan diserang dengan pelbagai malware melalui aplikasi-aplikasi tipu akhir-akhir ini.