Pelayar Web Chrome Melangkah Setapak Kehadapan – Chromium 21 Sedia Dimuat-Turun

Pelayar Web Chrome Melangkah Setapak Kehadapan – Chromium 21 Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 15, 2012 oleh .

Dengan persaingan sengit didalam arena dunia pelayar web, kini pembangunan Chrome maju setapak lagi kehadapan, dengan Chromium 21 kini sedia untuk diuji oleh semua. Buat masa ini, pelayar web Chrome 20 masih lagi dalam saluran pembangun, dan fungsi penuh padanya masih tidak diketahui lagi.

Dan pada Chrome 21 kelak, seperti biasa, ia akan terus membawakan sokongan tambahan, dan mematikan sokongan untuk OS X 10.5 seperti mana yang kami laporkan sebelum ini. Melalui versi pembangunan Chromium 21, ia didapati beberapa sokongan API eksperimental diuji padanya, membawakan sokongan tambahan untuk pembangun, termasuk sokongan Media Capture API, dan juga Media Gallery API.

Selain daripada itu, pihak Google Malaysia juga turut sama bakal melancarkan Chrome Web Store di Malaysia pada minggu ini, sekaligus memberikan impak yang lebih meluas lagi kepada pengguna tempatan dalam mengakses pelayar web popular dan digemari ramai itu.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Chromium 21 dan mengujinya sendiri pada desktop anda.


TIPS & ULASAN