Cari @ Amanz

BlackBerry 10 merupakan platform operasi daripada Research In Motion yang bakal digunakan pada peranti generasi baru keluaran mereka. Lanjutan daripada beberapa fungsi yang dipertontonkan sebelum ini, kini skrin utama dan skrin aplikasi untuk platform tersebut diperlihatkan dengan lebih dekat oleh pihak CNet.

Berbeza dengan skrin utama yang terdapat pada beberapa platform lain, melalui BlackBerry 10, skrin utamanya memperlihatkan aplikasi yang sedang berjalan berdasarkan kepada aktiviti anda. Perkara ini sekaligus memudahkan anda untuk mengakses aplikasi kegemaran dengan lebih pantas tanpa perlu melalui pelbagai fasa seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, skrin untuk aplikasi turut sama diperlihatkan, yang mana tiada bezanya berbanding dengan apa yang terdapat pada pelbagai platform, mahupun pada BlackBerry 7. Cumanya, ia turut sama membawakan butang akses pantas kepada kamera dan juga butang carian pada bahagian bawah.

Untuk mengendalikan dari skrin ke aplikasi dan sebagainya, sokongan gesture dijangka akan digunakan, yang mana masih tidak diperlihatkan sepenuhnya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd