Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, DiGi telah memuat-naik halaman pendaftaran minat pada web mereka, sebelum mengeluarkannya, menandakan Galaxy S3 bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi. Dan kini, melalui laman HardwareZone Singapura, ia dilaporkan, Singapura akan menerima Galaxy S3 pada penghujung bulan ini.

Ia dilaporkan Galaxy S3 akan hadir di Singapura pada 29 Mei ini, tarikh yang sama dengan pelancaran dan penjualan di Eropah. Walaubagaimanapun, tiada sebarang pihak, sama ada syarikat telekomunikasi di Singapura mahupun Samsung Singapura yang mengesahkan perkara ini.

Sekiranya ianya benar, mungkin kita akan dapat melihat masa pelancaran yang lebih kurang sama di Malaysia, apatah lagi rekod jualan Galaxy S2 sebelum ini yang memperlihatkan peningkatan 1000% di Malaysia.

Buat masa ini, pihak Samsung hanya mengatakan pelancarannya akan dilakukan pada suku tahun kedua 2012, tanpa memberikan sebarang tarikh. Namun, pihak Samsung Malaysia sebelum ini turut pernah mengeluarkan ayat promosi, mengatakan “Kedengaran Galaxy S3 bakal berada di Malaysia sebelum Jun”. Jadi, adakah kita akan dapat melihat pelancarannya di Malaysia pada bulan Mei ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd