Kelak Anda Boleh Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak Menaiki Kereta

Kelak Anda Boleh Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak Menaiki Kereta

Diterbitkan pada Mei 15, 2012 oleh .

Tajuk mungkin agak bercita-cita tinggi sedikit. Tetapi perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Selain daripada kereta dengan kemampuan terbang mahupun yang menyokong pemanduan automatik yang sedang dibangunkan oleh beberapa syarikat, kini sebuah video khas turut dipertontonkan, memperlihatkan kebolehan untuk menggunakan kereta di jalan raya mahupun di atas laluan air.

Sokongan pemanduan pada air dan juga jalan raya diperlihatkan melalui apa yang dipanggil sebagai Project Sea Lion, dimana sesiapa yang berminat, boleh mendapatkan prototaip kenderaan ini pada harga $259,500, yang dijana menggunakan enjin Mazda 13B Rotary. Selain daripada itu, pembangunnya turut mengatakan mungkin kelak akan memfokuskan kepada kepantasan pada jalan air, selain daripada pada jalan raya.

Selain daripada Project Sea Lion, sebelum ini, kenderaan dengan sokongan sebegini pernah diperlihatkan melalui apa yang dipanggil Aquada. Berbeza dengan Project Sea Lion yang seperti masih tidak memberikan perhatian sepenuhnya pada rekabentuk, melalui Aquada, ia membawakan rekabentuk kenderaan yang lebih menarik.

Jadi, adakah kelak kita akan dapat merentasi kepulauan atau benua dengan hanya menaiki kereta sahaa?


TIPS & ULASAN