Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

Diterbitkan pada Mei 15, 2012 oleh .

Sebelum ini, kami sering rujuk ke laman Lowyat.net untuk mendapatkan pelbagai info dan harga semasa untuk perkakasan komputer. Dan untuk terus memudahkan pengguna membuat pilihan, kini sebuah aplikasi disediakan, dinamakan sebagai IT Price Check, dimana seperti pada namanya, membolehkan anda menyemak harga barangan komputer dengan mudah.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya dikhaskan untuk pengguna iOS sahaja, dan menyertakan data-data daripada kedai komputer di bangunan Lowyat buat masa ini. Ia masih tidak diketahui sama ada mereka akan memperluaskan sokongannya kepada kawasan lain ataupun tidak lagi.

Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah kerana melalui aplikasi tersebut, ia masih memaparkan data dalam bentuk PDF, memerlukan para pengguna untuk zoom dan sebagainya untuk melihat harga barangan, yang mana boleh dikatakan agak tidak mesra untuk pengguna peranti mudah-alih.

Menurut pembangunnya ketika ditemui, mereka akan mengemaskini perkara ini, dan menyediakan informasi dan data dalam bentuk yang lebih mesra pengguna lagi. Namun, bilakah kemaskini akan dikeluarkan masih tidak diketahui lagi.

Selain daripada sokongan melihat harga barangan, ia turut menyertakan beberapa menu tambahan, termasuk untuk melihat promosi, dan juga peta lokasi kedai di dalam bangunan Lowyat. Salah satu menu padanya, iaitu Events seperti tidak berfungsi, dan setiap kali memilihnya, kami dihantar keluar ke skrin utama kembali.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai peranti iOS, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini secara percuma, dan menggunakannya dalam mendapatkan pelbagai data berkaitan dengan barangan komputer.


TIPS & ULASAN