Ketahui Bagaimana Sesuatu Emel Dihantar Melalui “Story of Send”

Ketahui Bagaimana Sesuatu Emel Dihantar Melalui “Story of Send”

Diterbitkan pada Mei 16, 2012 oleh .

GMail boleh dikatakan antara emel percuma yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Dalam usaha untuk mendidik para pengguna, kini Google menyediakan sebuah laman khas dinamakan sebagai Story of Send, yang memberikan data lebih mendalam berkaitan bagaimana sesuatu emel itu dihantar dan perjalanan yang dilalui olehnya.

Google menyampaikan segala info berkaitan dengannya, bermula daripada anda menekan butang Send, sehinggalah bagaimana ia melalui penyedia internet anda, dan melalui pelbagai pelayan dan pusat data sebelum ia tiba kepada penerima setelah melalui imbasan virus, spam dan sebagainya.

Pada masa yang sama, melalui laman khas tersebut juga, Google menyediakan pelbagai video dan gambar dalam memudahkan pemahaman berkaitan dengannya.

Jadi, sekiranya anda berminat, mungkin boleh melayari laman Story of Send hari ini, dan mendapatkan idea lebih dekat berkenaan bagaimana sesuatu emel itu dihantar dan proses yang dilaluinya.


TIPS & ULASAN