Sokongan Aplikasi Android Pada Tizen OS Dipertontonkan

Sokongan Aplikasi Android Pada Tizen OS Dipertontonkan

Diterbitkan pada Mei 16, 2012 oleh .

Sedikit demi sedikit perkembangan berkaitan dengan Tizen OS kedengaran akhir-akhir ini. Selepas versi stabil Tizen OS 1.0 dilancarkan sebelum ini, dan demo peranti pembangun Tizen diperlihatkan, kini ia diketahui Tizen OS kelak akan membawakan sokongan untuk aplikasi Android, seumpama pada BlackBerry PlayBook.

Perkara ini ditunjukkan melalui sebuah video yang mempertontonkan penggunaan aplikasi Android pada platform Tizen. Dan menariknya, ia diperlihatkan pada tablet, sekaligus memberikan idea yang mana tablet Tizen turut akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Melalui demo yang diperlihatkan, ia menunjukkan aplikasi Android berjalan dengan lancar (walaupun terdapat sedikit kelambatan pada sesetengah fungsi) pada platform Tizen. Ini sekaligus akan membolehkan Tizen mempunyai akses kepada ratusan ribu aplikasi Android ketika pelancarannya kelak.

Namun, dengan sokongan yang diterima oleh Android, adakah Tizen akan menerima tempat dihati pengguna?


TIPS & ULASAN