Chrome 19 Membawakan Sokongan Sync Tab Terbuka Pada Pelbagai Peranti

Chrome 19 Membawakan Sokongan Sync Tab Terbuka Pada Pelbagai Peranti

Diterbitkan pada Mei 16, 2012 oleh .

Setelah menguji sokongan sync untuk tab-tab yang terbuka pada peranti-peranti yang menggunakan Google Chrome melalui saluran beta, akhirnya hari ini, Google secara rasminya melancarkan fungsi tersebut pada saluran stabil, bersama-sama dengan pengenalan Google Chrome 19 kepada semua.

Melalui sokongan ini, ia membolehkan anda sync tab-tab yang terbuka pada pelayar web dengan menggunakan akaun Google seperti biasa. Ia sekaligus membolehkan anda melihat tab-tab halaman web yang sama pada pelayar web Chrome, sama ada anda membukanya menggunakan laptop, desktop, mahupun peranti Android Ice Cream Sandwich anda.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini Chrome anda kepada versi terkini iaitu Chrome 19 (akan dikemaskini secara automatik), seterusnya membuat tetapan pada Settings > Advanced Sync Settings.


TIPS & ULASAN