Chrome Web Store Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

Chrome Web Store Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 16, 2012 oleh .

Setelah melancarkan YouTube Malaysia dan juga Google Maps Traffic di Malaysi, hari ini, secara rasminya, pihak Google Malaysia telah pun melancarkan Chrome Web Store di Malaysia. Bermula hari ini, sebaik sahaja anda memasuki laman Chrome Web Store, ia akan memperlihatkan aplikasi-aplikasi buatan tempatan terlebih dahulu sebelum aplikasi buatan luar.

Bersama-sama dengan pelancaran hari ini, beberapa aplikasi tempatan turut sama dilancarkan, termasuk Amanz.MY, AirAsia, The Malaysian Insider, Maybank, MalaysiaKini dan juga The Star.

Melalui Chrome WebStore, ia membawakan sokongan aplikasi berasaskan web, dimana boleh dijalankan secara latar belakang, membolehkan para pengguna untuk melayari laman web seperti biasa, dan pada masa yang sama mengikuti perkembangan terus daripada aplikasi tersebut dengan mudah.

Dengan pelancaran ini juga, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan yang lebih sihat dalam pembangunan aplikasi-aplikasi tempatan untuk Chrome Web Store.

Bagi anda yang berminat, kini anda boleh melayari laman Chrome Web Store dan melihat pelbagai aplikasi tempatan terus melalui halaman utamanya hari ini.


TIPS & ULASAN