Cari @ Amanz

Selepas Instagram, Kini Pasukan Disebalik Aplikasi Lightbox Photos Menyertai Facebook

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan IPO yang semakin hampir, Facebook terus menambah syarikat portfolio dibawah mereka, dimana terkini, mereka telah mengambil-alih syarikat disebalik Lightbox. Untuk makluman, Lightbox merupakan salah satu aplikasi gambar untuk Android dan juga platform HTML5, dan mempunyai jutaan pengguna untuknya.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Instagram yang mana Facebook mengambil-alih keseluruhan produknya, pengambil-alihan Lightbox lebih kepada pasukan pembangun disebaliknya, dimana pembangun Lightbox akan menyertai Facebook, dan produk mereka akan dikeluarkan dalam bentuk sumber terbuka selepas ini.

Lightbox turut sama mengumumkan, aplikasi mereka akan boleh terus digunakan sehingga 15 Jun kelak, dan sekiranya anda mempunyai sebarang gambar yang dihoskan pada laman tersebut, anda boleh memuat-turunnya hari ini sebagai salinan pendua untuk simpanan anda.


Komen ()