Mozilla Marketplace Untuk Linux Akan Diperkenalkan Sedikit Lewat Berbanding Windows

Mozilla Marketplace Untuk Linux Akan Diperkenalkan Sedikit Lewat Berbanding Windows

Diterbitkan pada Mei 16, 2012 oleh .

Walaupun Mozilla merupakan projek sumber terbuka seperti Linux dan berkongsi pelbagai visi yang sama, namun, nampaknya Mozilla Marketplace yang bakal dilancarkan oleh mereka dalam masa terdekat ini hanya akan menyokong Windows dan Mac terlebih dahulu, sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna Linux.


Mozilla Marketplace Pada Boot-To-Gecko [via]

Perkara ini semestinya akan mendukacitakan ramai pengguna Linux, apatah lagi kebanyakkan distro Linux didatangkan bersama Firefox sebagai pelayar web utamanya.

Dengan Mozilla yang kini menerima saingan sengit daripada Chrome, dan melakukan perubahan ini, semestinya mereka akan menerima lebih tamparan hebat sekiranya pembangun sistem operasi Linux semuanya beralih kepada Chromium untuk disertakan bersama distro mereka.

Namun, memandangkan Marketplace itu sendiri masih belum dilancarkan secara rasminya, mungkin kita perlu menantikan pelancarannya kelak, dan melihat akan sokongan untuk Linux yang dibawakan oleh mereka.


TIPS & ULASAN