Bagi para pengguna Android, terdapat beberapa pilihan pelayar web untuk mereka, dan salah satunya adalah daripada Mozilla, iaitu Firefox untuk Android. Setelah mereka menguji rekabentuk antaramuka baru pelayar web pada saluran pembangun sebelum ini, kini ia diperkenalkan kepada semua melalui Firefox Beta.
Firefox Beta ini boleh dimuat-turun terus melalui Google Play Store hari ini, dimana bersama-sama dengan rekabentuk antaramuka yang baru, ia turut sama membawakan sokongan untuk Flash, dan juga halaman permulaan baru padanya.
Berbeza dengan Chrome untuk Android, Firefox Beta ini boleh digunakan pada peranti Froyo 2.2 dan yang terkini. Perubahan kecil lain, seperti peningkatan prestasi, masa permulaan yang pantas dan sebagainya turut didatangkan bersama pada Firefox Beta ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Firefox untuk Android 14 Beta ini hari ini, dan mula menikmati pelbagai sokongan baru yang didatangkan padanya.