iPhone Baru Akan Didatangkan Dengan Skrin Bersaiz 4-inci?

iPhone Baru Akan Didatangkan Dengan Skrin Bersaiz 4-inci?

Diterbitkan pada Mei 16, 2012 oleh .

Seperti pada tahun lepas, kini ura-ura dan laporan awal daripada beberapa sumber, termasuk oleh Wall Street Journal dan juga Reuters mengatakan dimana skrin iPhone baru kelak akan lebih besar daripada sedia ada, bersaiz sekurang-kurangnya 4-inci, berbanding apa yang digunakan sekarang, sekadar 3.5-inci.


Gambaran Konsep iPhone Baru [via]

Ia juga dikatakan yang mana skrin baru untuknya kini dalam pembangunan awal, memperlihatkan peranti terbaru daripada Apple itu kelak akan memasuki pengeluaran menjelang bulan Ogos kelak.

Selain daripada ura-ura berkaitan saiz skrin yang lebih besar ini, ia juga kedengaran akhir-akhir ini mengenai iPad dengan skrin lebih kecil, sekitar 7-inci, selain laporan mengatakan Apple bakal memperkenalkan penyambung dock yang lebih kecil pada peranti mereka, serta sokongan LTE pada iPhone baru kelak.

Namun, seperti biasa, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya. Adakah Apple akan mengekalkan saiz peranti mereka kepada skrin bersaiz 3.5-inci seperti sebelum-sebelum ini, ataupun melakukan perubahan pada saiz dengan perkembangan peranti-peranti bersaiz besar yang diterima ramai akhir-akhir ini?


TIPS & ULASAN