Aplikasi Facebook Pages Manager Untuk iOS Diperkenalkan Secara Berperingkat

Aplikasi Facebook Pages Manager Untuk iOS Diperkenalkan Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Mei 17, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada aplikasi Facebook Messenger yang ditawarkan secara berasingan, kini Facebook turut sama menambah aplikasi baru dibawah mereka, dinamakan sebagai Facebook Pages Manager. Dan seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada para pemilik Facebook Pages, dan memudahkan pengurusannya melalui peranti iOS.

Melalui Facebook Pages Manager, ia membolehkan para pemilik Facebook Pages, dan yang menguruskannya mengikuti pelbagai aktiviti semasa, dan mengemaskininya dengan mudah melalui aplikasi khas. Ia juga turut sama membolehkan para pemilik Facebook Pages untuk mengikuti pelbagai statistik semasa dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui adakah aplikasi ini akan didatangkan untuk Android ataupun tidak. Namun, melihat sokongan Facebook sebelum-sebelum ini, ia mungkin akan menyusul ke Android tidak lama lagi.

Aplikasi ini baru sahaja diterbitkan oleh Facebook, dan hanya boleh diakses oleh beberapa buah negara sahaja buat masa ini (pautan untuk pengguna New Zealand). Mungkin dalam masa kurang 24 jam, sekiranya semuanya berjalan lancar, ia turut sama akan dilancarkan untuk para pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN