Chameleon Bakal Merevolusikan Skrin Utama Pada Tablet Android

Chameleon Bakal Merevolusikan Skrin Utama Pada Tablet Android

Diterbitkan pada Mei 17, 2012 oleh .

Skrin utama Android boleh dikatakan agak bosan apabila digunakan pada tablet. Walaupun terdapat pelbagai launcher untuk Android, tetapi yang dioptimasikan secara penuh untuk tablet adalah kurang. Namun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi melalui projek Chameleon.

Chameleon, daripada video yang diperlihatkan membawakan antaramuka yang dioptimasikan secara menyeluruh kepada tablet. Ia juga didatangkan dengan sokongan untuk mengenal-pasti lokasi dan juga masa sesuatu hari, dan mengoptimasikannya mengikutnya. Sebagai contoh, pada awal pagi, ia akan memaparkan beberapa perkara melalui skrin utama, seperti berita semasa, kemaskini sosial dan sebagainya, dan sekiranya anda tiba di pejabat, ia memaparkan emel, kalendar dan lain-lain.

Chameleon masih lagi pada peringkat pembangunan akhir, dan baru sahaja menyertakan projek mereka dibawah KickStarter, dalam usaha mengumpulkan dana untuknya. Sekiranya mereka mencapai sasaran yang diingini, mungkin kita akan dapat melihat projek ini dijayakan menjelang bulan Ogos atau September kelak.


TIPS & ULASAN