Bancian Terbuka Berkaitan Akta Badan Perkomputeran Professional Bakal Bermula 28 Mei

Bancian Terbuka Berkaitan Akta Badan Perkomputeran Professional Bakal Bermula 28 Mei

Diterbitkan pada Mei 17, 2012 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, hari ini perbincangan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional telah pun dibincangkan. Melaluinya, mereka mengatakan yang mana sebuah bancian akan diadakan dalam mendapatkan input daripada industri dan komuniti berkaitan cadangan berkaitan akta tersebut.


Gambar oleh Star In Tech [via]

Bancian tersebut dijangka akan diadakan bermula daripada 28 Mei hingga 4 Jun, secara online mahupun offline, dengan pelbagai info berkaitan dengannya dan sesi soal jawab diadakan. Buat masa ini, info berkaitan dengannya masih lagi tidak banyak, namun, ia diperkatakan pihak disebalik akta ini ingin mendapatkan maklumbalas penuh berkaitan dengannya.

Untuk makluman, perbincangan mengenai draft akta ini telah mendapat tentangan ramai, disebabkan oleh pelbagai info yang disediakan oleh pihak tersebut yang tidak jelas, dan samar-samar, menjadikan ia mungkin menjejaskan industri, walaupun niat disebaliknya adalah untuk kebaikkan bersama.


TIPS & ULASAN