Cari @ Amanz

Terdapat puluhan aplikasi pengurusan waktu yang terdapat untuk platform iOS, dan terkini ProductiveMuslim, salah satu laman terkemuka dalam berkongsi akan tips berkaitan pengguna muslim melancarkan aplikasi iOS mereka, dinamakan sebagai iTaskinator dengan ciri-ciri pengurusan yang menarik dan mudah.

Untuk makluman, aplikasi iTaskinator dibangunkan berasaskan kepada aplikasi web mereka, Taskinator yang popular. Dalam bentuk aplikasi, ia ditawarkan pada harga $0.99, dan membolehkan para pengguna untuk menguruskan jadual harian mereka dengan mudah.

Ia didatangkan dengan integrasi waktu solat, membolehkan anda menguruskan waktu dan jadual harian dengan lebih baik lagi, disamping menetapkan mesyuarat dan sebagainya dengan lebih efektif.

Buat masa ini, menurut pembangunnya, ia masih pada versi awal, dimana melalui kemaskini yang akan dikeluarkan, mereka turut sama akan mengintegrasikan sokongan kemaskini langsung harian daripada laman ProductiveMuslim dalam memberikan anda pelbagai tips harian, disamping menyokong pelbagai bentuk bahasa melaluinya.

Versi Android juga dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi ini terus daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd