Selepas Telekom Malaysia memperkenalkan aplikasi untuk membuat panggilan menggunakan data, TM Dialer, dan Yes ikuti dengan Yes Life, nampaknya kini Maxis tidak ingin ketinggalan, dimana mereka bakal melancarkan aplikasi Maxis BizVoice tidak lama lagi. Buat masa ini, aplikasi tersebut sudah pun boleh diakses melalui Google Play Store dan dimuat-turun oleh semua.
Selain daripada untuk Android, daripada dokumen yang kami ketemui di arena web, ia kelihatan aplikasi untuk Windows dan juga iPhone bakal menyusul tidak lama lagi. Daripada penerangan yang diberikan pada halaman aplikasi, Maxis BizVoice dikatakan membolehkan anda menerima panggilan daripada nombor mudah-alih mahupun nombor talian tetap anda dengan mudah. Setiap panggilan dengan mudah akan dihantar ke aplikasi berkenaan, membolehkan anda menjawabnya dengan mudah.
Disamping itu, selain hanya menyokong rangkaian Maxis, ia juga turut didatangkan dengan sokongan buku alamat, serta skrin dail khas untuknya. Integrasi untuk Facebook dan juga GMail turut kelihatan sama pada Maxis BizVoice. Aplikasi ini dijalankan secara dibelakang latar, membolehkan anda menerima panggilan daripada SIM dan juga daripada aplikasi pada masa yang sama.
Dan melalui aplikasi desktop (untuk Windows), ia turut sama membolehkan anda membuat panggilan dan menerima panggilan dengan mudah, sama seperti pada Skype. Namun, kami masih belum dapat mengujinya buat masa ini.
Kami masih tidak dapat mengujinya secara menyeluruh buat masa ini disebabkan keperluan mendaftarkan akaun dan sebagainya. Namun, bagi anda yang ingin mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengannya, boleh mencuba sendiri aplikasi tersebut pada Google Play Store. Selain itu, anda juga turut boleh melihat dokumen tambahan yang disediakan pihak Maxis: