(Gambar) Pandang Pertama Komputer Riba HP Folio 13

(Gambar) Pandang Pertama Komputer Riba HP Folio 13

Diterbitkan pada June 10, 2012 oleh .

Terdapat puluhan komputer riba yang telah dikeluarkan dalam beberapa bulan yang lepas, dan salah satunya adalah daripada HP, iaitu HP Folio 13 yang memfokuskan kepada para pengguna perniagaan dan perusahaan, dan baru-baru ini kami telah berpeluang untuk menguji dan menggunakannya sendiri.

Seperti biasa, ketika membeli sesuatu komputer riba mahupun sebarang peralatan seperti gajet dan sebagainya, salah satu perkara yang diberikan perhatian oleh para pengguna adalah berkenaan dengan spesifikasinya.

Melalui HP Folio 13 ia dijana menggunakan Intel Core i5 1.6GHz sama seperti yang terdapat pada Acer Aspire S3, menggunakan Windows 7 Home Premium, 4GB RAM, dan membawakan sistem berasaskan 64-bit padanya. Jikalau dibandingkan dari segi penggunaan papan kekunci, ianya kelihatan lebih selesa berbanding dengan Acer Aspire S3, walaupun pada permulaan agak jangal sedikit dengan penggunaan trackpad padanya. Trackpad terbina turut membawakan sokongan multi-touch memudahkan anda untuk zoom dan mentatal melaluinya.

Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis serta ringan, sesuai untuk mereka yang selalu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Daya tahan bateri sehingga 6 jam ketika aktif membuat kerja juga salah satu tambahan yang baik untuknya.

Kami akan membuat ulasan penuh HP Folio 13 ini dalam masa beberapa hari lagi, dan sementara itu, sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenainya, tinggalkan pada bahagian komen, dan kami akan cuba menjawabnya melalui ulasan penuh HP Folio 13 ini kelak.


TIPS & ULASAN